Kriteria-Kriteria Penapis Air :
1. Harga Mampu Milik
Harga memainkan peranan sangat penting dalam memilih penapis
air yang berkualiti. Kenapa terdapat harga yang berbeza-beza dalam pemilihan
produk penapis air ini? Ia bergantung kepada kualiti air yang dihasilkan. Ada
yang berharga puluhan ringgit, ratusan ringgit, ribuan ringgit malahan ada yang
mencecah belasan ribuan ringgit. Ada juga produk penapis air yang tinggi
harganya kerana kecanggihan teknologi yang digunakan. Pada masa kini banyak produk
yang menitik beratkan penjimatan tenaga, disamping kemudahan pembersihan
penapis air secara menyeluruh.
2. Tahap dan
Kualiti Air yang ditapis
Tahap dan kualiti air yang ditapis juga memainkan peranan.
Bagi sesetengah produk, hanya menapis bendasing yang kelihatan. Ada juga produk
yang menapis semua bendasing tapi tidak meninggalkan mineral-mineral yang amat
diperlukan oleh tubuh badan. Untuk mendapatkan faedah kesihatan yang maksimum
buat pilihan dengan memilih produk yang mempunyai pelbagai zat dan mineral bagi
membantu tubuh badan melawan penyakit.Di samping itu, air yang dihasilkan
mestilah bebas daripada logam berat,bakteria dan virus.
Pada masa kini ramai
yang memilih penapis air beralkali kerana khasiat airnya.
Tetapi tahukah kita PH Alkali yang terlalu tinggi seperti 9.0-9.9 tidak baik
bagi bayi & pengambilannya adalah selepas tempoh 1-2 jam selepas makan nasi
atau makanan berat, ini kerana sistem penghadaman perut kita memerlukan asidik
untuk menghadamkan makanan. Jadi sekiranya, memerlukan penapis air beralkali
untuk kegunaan harian dan sesuai untuk penggunaan semua umur, carilah penapis
air yang PHnya bertepatan mengikut standart piawaian WHO iaitu 7.5 hingga 7.9.
Air mesti ada Standart.
3. Tanda Halal
Penapis Air yang Halal perlu diutamakan bagi pengguna Islam
kerana digunakan dalam kegiatan harian iaitu meminum, memasak & mencuci
sayur-sayuran & buah-buahan. Ada juga yang menggunakan air tapisan untuk mencuci
muka malah menggunakan air tersebut untuk tujuan ambil air sembahyang &
mandian bagi kegunaan yang maksimum. Web Directory Halal Certification Malaysia :
http://www.halal.gov.my/ehalal/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20150803-211828&id=&type=C
http://www.halal.gov.my/ehalal/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20150803-211828&id=&type=C
4. Ketahanan Produk – Jaminan Alat Ganti
Ketahanan Produk mesti dititik beratkan kerana duit yang kita gunakan untuk membeli penapis air tersebut mestilah berbaloi. Terdapat pengalaman pengguna yang menggunakan produk penapis air yang tidak mempunyai kilang sendiri, tapi, syarikat tersebut membeli produk dan alat ganti dari China dan menampal logo mereka sendiri. Amat sukar sekiranya kilang dari China tersebut kekurangan alat ganti dan mereka terpaksa menunggu . Ada yang mengambil masa seminggu malah berbulan-bulan, ini amat menyusahkan pengguna dan terpaksa mencari jenama lain.
Setiap produk mestilah mesra pengguna dan memberikan nilai
tambahan kepada pengguna. Ada produk yang menitik beratkan penjimatan elektrik
yang pertama di dunia tanpa menggunakan tangki air yang terpaksa setiap kali
dipanaskan seperti Model Jazz Cuckoo. Ada juga yang menitik beratkan kebersihan
dari segi pensterilan muncung faucet, dalaman & tray yang mudah dicuci. Faktor
masa juga penting ini kerana produk penapis air RO terpaksa menunggu sehingga
25 minit untuk 1 liter air, malahan terpaksa membazir air di mana membuang 4
liter air untuk mendapatkan 1 liter air bersih. Jadi carilah penapis air yang
menjimatkan bukan saja tenaga elektrik malahan menjimatkan air harian.
6. Servis Selepas Jualan
Ada pengalaman pengguna yang sukar untuk menghubungi pihak
penyelenggara bagi membuat servis menukar penapis. Syarikat itu tidak mempunyai
cawangan yang cukup untuk menghantar pihak Technician. Ini menyusahkan pengguna
dan terpaksa menunggu masa yang lama sehingga berminggu malah berbulan &
pelanggan tersebut terpaksa menukar kepada jenama lain. Bagi Standart servis,
kekerapan jadual servis harus diambil kira dan adakah semua filter dapat
ditukar dalam tempoh setahun dan apakah servis-servis lain yang termasuk sepeti
pembersihan tangki dengan teknologi steril.
Kepuasan pelanggan amat dititik-beratkan dengan Cuckoo. Setelah 2 tahun bertapak di Malaysia, Cuckoo mendapat sambutan & penerimaan yang baik oleh rakyat Malaysia.
Kepuasan pelanggan amat dititik-beratkan dengan Cuckoo. Setelah 2 tahun bertapak di Malaysia, Cuckoo mendapat sambutan & penerimaan yang baik oleh rakyat Malaysia.
7. Jaminan Syarikat – Kekukuhan Syarikat
Mengkaji latar belakang syarikat amat penting, sebab kita memerlukan
khidmat mereka bagi jangka masa yang lama & semaksimum mungkin. Ada
syarikat yang baru bertapak setahun dua, tidak mempunyai kilang & tidak ada
pengikhtirafan antarabangsa dari segi kualiti produk & penapisan air.
Sekiranya syarikat tersebut tidak mempunyai latar belakang yang kukuh, maka
mereka tidak mampu untuk memberikan promosi-promosi, bantuan sewabeli, peningkatan
teknologi (R&D) untuk jangka masa panjang bagi tujuan tukar beli sekiranya
terdapat model baru yang diingini.
8. Populariti
8. Populariti
Populariti sesuatu produk penting bagi sesetengah pengguna,
di mana ini melihatkan kualiti pengguna sebagai badan korporat atau individu.
Media massa memainkan peranan penting dalam membuat pengiklanan secara
menyeluruh kepada pengguna. Sudah menjadi lumrah dan Trend masa kini surirumah
sekarang bertanyakan model penapis air apa yang ada di dapur rumah. Bagi mereka
yang memiliki Resort, rumah Fully Furnish, Hostel, Motel & Hotel, dengan
adanya penapis air ini akan meningkatkan Rating Service yang diberikan &
boleh meningkatkan nilai tambahan pada aset tersebut.
9. Rekabentuk
9. Rekabentuk
Bagi sesetengah orang mereka kurang melihat dari segi
rekabentuk. Tapi banyak penapis air sekarang mengambil kira rekabentuk untuk
disuai-padan dengan kabinet dapur, pejabat atau kilang. Ini juga disesuaikan
dengan ruang yang kecil atau besar sesuatu tempat. Terdapat rekaan Table Top
& Floor Standing. Table Top Sesuai untuk tempat atau ruang yang kecil
seperti rumah Flat, Pangsapuri atau Kondominium manakala Floor Standing sesuai
diletakkan ditempat yang luas dan juga mempunyai ramai kegunaan. Faktor-faktor
ini juga memainkan peranan penting,jadi jangan silap membeli.
10. Kemudahan, Kaedah Pembayaran
10. Kemudahan, Kaedah Pembayaran
Untuk memiliki air tapis yang bersih sepatutnya tiada
halangan bagi anda. Walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi pun kita masih
perlu menjaga kesihatan kita, kerana kos perubatan semakin hari semakin
meningkat. Seperti pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Terdapat
pelbagai cara yang diberikan oleh syarikat penapis air seperti Easy Payment,
Ansuran Kad Kredit ataupun Sewabeli Bulanan. Ini adalah sangat baik untuk
mereka yang kurang berkemampuan dan yang memerlukan duit untuk kegunaan lain.
11. Mod Suhu, 3 Suhu, Panas, Suhu Bilik & Sejuk
Kita tidak digalakkan untuk memasak air yang telah ditapis
kerana bukan saja dari segi kebersihan tetapi juga kualiti air yang ditapis
tadi telah berubah sama sekali. Amat mudah bagi kegunaan surirumah &
ibu-ibu, sekiranya air yang ditapis tadi terus tersedia panas dan sedia
digunakan. Begitu juga dengan air sejuk, kualiti air yang ditapis dan
disejukkan di peti sejuk terdedah dengan kekotoran & bau yang kurang
menyenangkan kerana di dalam peti sejuk biasanya penuh dengan bahan mentah
seperti ikan, sayur-sayuran dan
sebagainya. Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, mereka amat sesuai memiliki
penapis air yang mempunyai suhu Suam seperti produk Icon Cuckoo dapat merubah
sehingga 5 suhu. Ini bagi memudahkan membuat air susu bayi, lebih-lebih lagi
pada waktu tengah malam. Wow, Icon memang sesuai untuk menjadi pembantu kepada
ibu-ibu masa kini yang sibuk bekerja pada siang hari dan memerlukan rehat di
malam hari.
12. Promosi
12. Promosi
Terdapat Syarikat Penapis Air yang menawarkan Promosi
sempena tempoh-tempoh tertentu seperti musim perayaan,tahun baru,hari Merdeka &
sempena ulang tahun syarikat. Ada juga yang menawarkan promosi pemasangan tanpa
deposit,tanpa upah pasang, servis & pemasangan filter percuma untuk tempoh
sewabeli.Pilih lar Syarikat yang menawarkan promosi yang terbaik dan besesuaian
dengan ciri-ciri yang lain.
13. Teknologi
Material yang digunakan untuk tangki air harus
dititik-beratkan, ini kerana ada penapis air yang menggunakan material plastik
bagi tangki air, ini menyebabkan risiko penyakit seperti kanser akibat kesan
pemanasan dan penyejukkan jangkamasa panjang. Material untuk tangki yang
terbaik adalah Stainless Steel antibakteria yang berketumpatan tinggi, ini
bertujuan mengekalkan ketahanan tangki dan mengelakkan berlakunya hakisan
seperti karat.
Teknologi terkini juga dapat menghasilkan mesin penapis air yang dapat mensterilkan muncung Faucet serta dalaman mesin secara Auto seperti mesin Jazz dan Icon produk Cuckoo. Ini bagi mengekalkan kebersihan luar dan dalam mesin bagi mengelakkan jangkitan kuman, bakteria dan kekotoran dalaman & luaran seperti debu & mikoorganisma.
Teknologi terkini juga mampu untuk mengekalkan penjimatan tenaga, seperti produk Cuckoo model Jazz dan Icon yang menggunakan teknologi Energy Eye Sensor di mana terdapat Sensor pengesan cahaya dan tutup secara auto sekiranya tidak digunakan. Pada masa akan datang bermacam-macam lagi cara dan teknologi yang akan digunakan bagi mengubah penggunaan dan penjimatan tenaga produk penapis air ini.
Filter Beyond Standarts :
Testimoni :
Model Item :
Model EPIC :
Model FUSION TOP :
Model KING TOP :
Model ICON :
Teknologi terkini juga mampu untuk mengekalkan penjimatan tenaga, seperti produk Cuckoo model Jazz dan Icon yang menggunakan teknologi Energy Eye Sensor di mana terdapat Sensor pengesan cahaya dan tutup secara auto sekiranya tidak digunakan. Pada masa akan datang bermacam-macam lagi cara dan teknologi yang akan digunakan bagi mengubah penggunaan dan penjimatan tenaga produk penapis air ini.
Filter Beyond Standarts :
Testimoni :
Model Item :
Model EPIC :
Model FUSION TOP :
Model KING TOP :
Model ICON :
Model JAZZ :
Model FUSION STAND :
Model DELUXE :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan